Saturday, April 17, 2010

PBC MARANG 16 & 17 APRIL 2010 DI MARANG VILLAGE















ALHAMDULILLAH..

PBC Marang Village kelulut, Marang Anjuran Komuniti HPA Marang telah dihadiri seramai 47 orang peserta. Pendaftaran pada hari pertama yang bermula pada jam 8.00 pagi berjalan lancar.

PBC Marang Village Resort, Kelulut Marang Anjuran Komuniti HPA Marang telah dihadiri Team Smart Kemaman yang diketuai oleh Tn. Haji Zakaria yang mengambil slot kongsi pengalaman pada malam pertama. Rombongan nya datang untuk membantu perjalanan PBC yang kekurangan tenaga pada hari itu. Pendaftaran pada hari pertama yang bermula pada jam 8.00 pagi berjalan lancar.

PBC kali ini telah telah membariskan seramai lima (5) orang PJS . Mereka ialah PJS Ustaz Ramizu Abdullah(Pengerusi Kelab Pemimpin Timur), PJS Cikgu Khadi(Besut), PJS Ustaz Kamal Ali(Pengerusi KPTrg) PJS Cikgu Ramli(Kelantan) dan PJS Ustaz Jamaludin jusoh. Al-Hafiz(Dungun) .

Slot 1 dan 2, Halal-Haram dan Profile Syarikat telah di sampaikan oleh PJS Cikgu Khadi . Beliau merupakan satu-satunya PJS yang lahir di besut.

Seterusnya pada sebelah petang, Slot ke 3, Slot 6M telah disampaikan oleh PJS Ustaz Ramizu Abdullah,(Pengerusi Kelab Pemimpin Timur) .

Slot Ke 4 pula telah disampaikan oleh PJS Ustaz Jamaludin jusoh. Al-Hafiz, (Komuniti KPT Zon Paka, Terengganu) iaitu di bawah slot bertajuk "Kenapa Ustaz Bersama HPA" (slot khusus) yang disediakan oleh Tn. Haji Zakaria(pengerusi Team Smart Kemaman)

Slot ke 5, pada sebelah malamnya pula, diisi oleh PJS Ustaz Ahmad Kamal Ali dengan slotnya Pelam Pemasaran serta Perkongsian Pengalaman merupakan slot terakhir pada hari pertama PBC yang diambil oleh Tn. Haji Zakaria(pengerusi Team Smart Kemaman)

Alhamdulillah, acara Qiamullai juga mendapat sambutan dimana hampir keseluruhan peserta hadir untuk bersama-sama bermunajat pada ALLAH.

Pada hari keduanya lebih meriah dengan slot ke 6 iaitu slot sinergi produk yang disampaikan oleh PJS Cikgu Ramli.. Ia disusuli dengan pembentangan kumpulan dimana setiap peserta mengambil bahagian..

Wallahhua’lam…
Wassalam