Showing posts with label sinergi produk. Show all posts
Showing posts with label sinergi produk. Show all posts

Sunday, November 8, 2009

KOPI DIET ... OBESITI ...


Kopi Diet untuk pesakit kencing manis memang pahit. Disamping itu ia juga menggunakan Daun Stevia sebagai bahan pengganti gula. Sebenarnya Kopi Diet ini ialah kopi untuk mereka yang bermasaalah dengan kesihatan seperti kencing manis, gout, darah tinggi, gastrik dan Obesiti.

Mereka yang ingin mengambil Kopi Diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu diminum untuk mengekalkan kesihatan. Kopi Diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dan ia juga boleh digunakan untuk masaalah impotensi.

Kopi Diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitan dan jangan sekali-kali memasukan gula kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar Kopi Diet.

Kelebihan Kopi Diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang bekerja dengan melibatkan tenaga fisikal.

Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi Kopi Diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan. InsyaAllah.

Wednesday, November 4, 2009

FICUS UNTUK BUASIR

Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh


Akhir-akhir ini ramai PB yang membeli Ficus dan sudah pasti ianya untuk diedarkan pada pihak yang memerlukan bagi mengobati penyakit buasir. Mudah-mudahan risalah ulangan ini boleh membantu kedua-dua belah pihak; Pengedar dan Pesakit, InshaALLAH !!!

Ficus : Emas Secotet

Buasir ialah benjolan yang wujud di selaput lendir rectum atau pada kulit dubur. Sembelit merupakan punca utama terjadinya buasir terutamanya berlaku apabila seseorang itu meneran untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang meneran ketika melahirkan anak.

Kekurangan serat dan kegemaran memakan pedas juga merupakan punca terjadinya buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rectum dan berlaku pendarahan. FICUS merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang mengalami pendarahan tersebut. Herba Ficus Callicarpa (Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam produk ini.


JAWI MEDICINAL HERBS - 2


Banyak
penelitian masakini menceritakan kelebihan pokok Emas Secotet. Namun begitu sejak 14 tahun dahulu HPA telah menggunakan produk ini untuk kesihatan. Nama produk "Ficus"
telah dimaklumi oleh semua warga HPA untuk rawatan buasir yang berkesan.

Namun begitu selain daripada itu, ficus juga digunakan untuk kencing manis dan darah tinggi kerana ia mempunyai kesan astringen yang kuat. Terdapat pelbagai jenis ficus tetapi yang digunakan oleh HPA ialah jenis "ficus callicarpa" atau dikenali sebagai pokok Tengkuk Biawak. Bahagian yang digunakan bukan dari daun tetapi batangnya disamping sinergi utamanya dengan akar Sekecut.

Monday, November 2, 2009

IMT DRINKS


Satu lagi produk HPA akan menjadi keperluan setiap rumah ialah IMT drink. Minuman ini dibuat dengan satu bentuk pemerosesan tradisional untuk tujuan yang sangat banyak. Saya percaya sambutan kepada IMT drink akan bertambah dan mungkin melebihi permintan Minyak But-but sekiranya pengguna faham kelebihanya.



Antara kelebihanya ialah :

1. pelindung hati
2. demam panas dan demam selsema
3. sakit tekak
4. resdung
5. sakit sendi
6. cirit-birit
7. ketersumbatan jantung
8. menurunkan kolesterol
9. menurunkan darah tinggi.


Boleh diminum sebotol sekali dan ulangi hingga sembuh. IMT drink tidak bermasaalah dengan anak-anak kecil dan kurangi dosnya (secawan kecil). Ia sudah tidak mempunyai rasa pahit (daun hempedu bumi) tetapi sangat berkesan. Dari kajian kami 90% lebih pengguna menyatakan sangat baik untuk anak mereka. Ini bererti kita kini telah menemui ubatan demam tanpa kimia, tanpa rasa dan sangat berkesan. Ia diproses dari daun hempedu bumi dan air mineral yang beralkali (pH 9.8). Dimana air mineral ini boleh diperolehi ? Air yang Allah keluarkan untuk kita di Pokok Sena Kedah. Allahuakbar. Selamat mencuba dengan Izin Allah.

Sunday, October 18, 2009

MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU

Dari segi persamaan kedua-dua herba ini digunakan bagi memperbanyakkan susu ibu terutama ketika lepas bersalin. PUCUK BETIK direbus hingga mendidih dan minum pagi dan petang sementara SPIRULINA sudah tersedia dalam bentuk kapsul dan cecair.

SPIRULINA boleh diguna bagi menggantikan zat besi yang sering diberikan kepada ibu lepas bersalin. Selain ia mengandungi zat besi yang sangat tinggi ia juga mengelakan daripada sembelit yang kronik selepas pengambilan kapsul zat besi dihospital.

Keadaan yang tidak selesa ini menyebabkan si ibu menahan pembuangan air besar berhari hari dan sidikit sebanyak menjejaskan kesihatan ibu dan anak. SPIRULINA merupakan makanan yang paling advance buat masa kini untuk tujuan tersebut dan rugilah bagi mereka yang masih tidak tahu tentang hal ini.

DARAH TINGGI

Lagi testimonial diterima bahawa penggunaan VITEX dan PELAWAS sangat berkesan untuk darah tinggi. Ianya bukan sahaja untuk kes baru malah bagi kes yang sudah melebihi 10 tahun pun nampak positif dan berkesan.

Sinergi ini merupakan kos yang paling murah untuk terapi darah tinggi selain daripada penggunaan Omega 3 dan Teh Herba.Dos VITEX dan PELAWAS ialah 3 x 3 iaitu 3 kapsul pagi, 3 kapsul tengahari dan 3 kapsul malam. Sebaiknya herba itu diambil sebelum makan dan minum air mineral HPA 600 ml selepas pengambilan herba.

Dos PELAWAS boleh dikurangkan mengikut keperluan sampai paling minima 1 x 3. Ubatan kimia juga bertindak untuk menurunkan tekanan darah tinggi tetapi kesannya tubuh akan menjadi lemah dan kerap tidur pada waktu siang. Ini sangat berbeza dengan mengambil herba disamping menurunkan darah tinggi tubuh dan minda akan menjadi lebih kuat dan sehat. Jadi kenapa tidak mahu menjadikan herba sebagai solusinya?