AL-HIJAMAH
BEKAM
Monday, June 10, 2013
RAWATAN BEKAM SUNNAH
2. Mengapa Harus Berbekam?
3. Khasiat Bekam Kering
4. Khasiat Bekam Darah
5. Khasiat Bekam Di Muka
6. Bekam Kering / Angin
7. Bekam Basah / Darah
8. Hari Terbaik Untuk Berbekam
9. Pantang Larang Bekam Basah / Basah
10. Anggota Badan Yang Di Larang Berbekam Darah
11. Individu Yang Di Larang Berbekam
12. Titik Bekam Bagi Lemah Shaywat
13. Titik Bekam Bagi Sakit Pinggang
14. Titik Bekam Bagi Obesiti
15. Titik Bekam Bagi Sihir / Saka
16. Detoksifikasi penyakit
17. 76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM
18. Berita Harian Online | Kaedah bekam
19. MASA PERKHIDMATAN DAN HARGA
APA ITU BEKAM ??
Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru,ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia.Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3mm hingga 4mm di bawah permukaan kulit diseluruh tubuh badan manusia.
Tuesday, November 30, 2010
Berita Harian Online | Kaedah bekam
Pengamal kaedah perubatan bekam, Dr Nik Fairuz Hakim Nik Omar, dari Pusat Perubatan Homeopathy dan Akupuntur Dr Nik Omar, Shah Alam, berkata bekam atau Al-Hijamah adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri.
Ia adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT.
“Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia terdiri daripada bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi,” katanya.
Bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan bekam moden dengan sunnah ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.
Bekam jenis ini dilakukan pada hari tertentu iaitu pada tanggal 17, 19 dan 21 mengikut kalendar Islam dan afdal dilakukan pada Khamis, Jumaat dan Isnin. Hari perlu dielakkan ialah Rabu.
Mengikut tulisan Ibnu Sina, waktu terbaik untuk berbekam ialah antara jam 2 petang hingga 3 petang dan seharusnya dilakukan selepas mandi, kecuali bagi orang yang darahnya kental, harus mandi air panas sehingga tubuhnya berasa hangat sebelum berbekam.
Kata Dr Nik Fairuz, jenis bekam biasanya mengikut pilihan pesakit yang kebanyakan bertujuan membuang angin dan darah kotor.
“Kebanyakan mereka yang mengunjungi pusat rawatan ini memilih untuk berbekam atas saranan dan nasihat rakan-rakan yang pernah merasai kebaikan berbekam terutama amalan bekam sunnah,” katanya yang menjelaskan pesakit yang menderita barah, ketumbuhan yang mencurigakan, fibroid (sista), lupus (SLE), kudis kronik, jangkitan, sawan (gila babi), HIV/Aids, orang fobia, mengandung, penyakit kelamin dilarang berbekam.
“Kami tidak merawat kanser, tetapi tidak dinafikan ada pesakit yang datang untuk berbekam atas fahaman dan keyakinan seperti diriwayatkan Abu Hurairah yang berkata Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka ia akan menyembuhkan semua penyakit.” (Hadis riwayat Abu Daud),” katanya.
Dr Nik Fairuz mendapat tauliah pakar bekam daripada Fakulti Perubatan Homeopati Malaysia (Fahom).
Amalan bekam darah dahulunya biasa dilihat di tepi-tepi jalan, dan pengamal bekam sebegini biasanya mewarisi teknik bekam secara turun temurun. Tidak dinafikan teknik ini pernah dilabel sebagai perubatan jalanan kerana amalan kebersihan seperti peralatan serta cara darah kotor dilupuskan diragui.
Apapun jenis bekam yang dipilih, bagi yang berminat dengan rawatan ini, mereka perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai maklumat serta kemungkinan termasuk pantang larang dan tahap kepakaran pengamal bekam. Beberapa perkara yang boleh berlaku ketika dan selepas bekam termasuk pitam, pening, kebas, pendarahan, lebam, kulit melecet, jangkitan, gatal-gatal, sakit bahagian bekam dan keguguran.
Pengamal bekam hendaklah bertauliah dan tahu apa yang dilakukan, mematuhi undang-undang perubatan mengikut Akta Perubatan 1971, memahami dan mengikut peraturan pengamalan, menjaga kebersihan dan tidak berbekam pada bahagian yang dilarang.
“Antara garis panduan pengamal yang bertauliah perlu mengikut Akta Perubatan 1971 seperti tidak boleh mengisytiharkan bahawa teknik ini boleh menyembuhkan penyakit yang mustahil untuk disembuhkan, selain tidak boleh menggunakan peralatan seperti doktor,” jelasnya yang mula berminat terhadap teknik bekam ketika menuntut di Hospital Besar Kalubowila Colombo, Sri Lanka Selatan pada 1999.
Terbaru, timbul cadangan Kementerian Kesihatan untuk menimbang menggunakan akta untuk menguatkuasakan peraturan pengamal bekam iaitu mereka perlu mendalami ilmu bekam sekurang-kurangnya tiga tahun sebelum menjadi pengamal bertauliah.
Bagaimanapun, usul ini masih pada peringkat perbincangan disebabkan kebanyakan pengamal bekam di negara ini mewarisi teknik ini secara turun-temurun.
Dari segi sejarah, penggunaan teknik bekam paling awal dikesan melalui amalan kaum Nabi Lut yang membaling batu kepada orang asing yang memasuki ke kampung mereka. Pendatang yang luka kepalanya kemudian dikejar dan diminta membayar wang sebagai habuan kerana mengeluarkan darah dari kepala mereka.
INFO: BekamMereka yang berusia 4 hingga 65 tahun boleh berbekam. Kebiasaannya, rawatan bekam kering mengambil masa antara 15 hingga 20 minit. Sesi terapi bekam darah tidak melebihi 30 minit. Jumlah darah tidak melebihi 5 hingga 10 mililiter.
Detoksifikasi penyakit
KEINGINAN untuk hidup sihat dan kelihatan cantik membuatkan sesetengah individu sanggup mencuba pelbagai rawatan kesihatan.
Selain perubatan moden, perubatan alternatif juga mula mendapat tempat terutamanya golongan wanita.
Setelah penat seharian bekerja dan menguruskan rumah tangga, mereka tiada masa untuk menjaga kesihatan dan memanjakan tubuh badan.
Hari ini, terdapat pelbagai kaedah boleh digunakan lelaki dan wanita untuk menghilangkan stres serta memulihkan kelesuan tubuh.
Salah satu rawatan yang boleh dilakukan tanpa rasa sakit adalah :
Terapi Bekam : Ia adalah satu proses untuk membuang darah kotor dari dalam badan melalui permukaan kulit.
Jika dahulu bahan dan teknik yang digunakan agak ngeri iaitu melalui teknik torehan dan buluh. Ramai yang menyifatkan ia sakit dan berbahaya, terutama jika pesakit tersebut penghidap Human Immunodeficiency Virus (HIV).
Kini, kaedah bekam turut melalui satu evolusi apabila mangkuk kaca dan alat peniti khas berjarum halus digunakan. Jarum yang digunakan juga ditukar.
Ini diakui sendiri oleh Pengasas Pusat Homeopati dan Bekam, Dr. Nik Omar Nik Daud, apabila teknik bekam kini menggunakan teknologi moden dan selamat.
Beroperasi di Bandar Baru Bangi, Selangor, peralatan seperti mangkuk yang digunakan akan dibersihkan terlebih dahulu melalui proses pensterilan sebelum digunakan kepada pesakit lain.
"Tidak timbul soal bahaya dalam rawatan ini. Mangkuk yang digunakan terdiri daripada pelbagai bentuk. Ia akan digunakan mengikut umur dan berat badan pesakit.
"Malah, jarum yang digunakan ke atas pesakit juga tidak akan digunakan kepada pesakit lain," katanya ketika ditemui di kliniknya baru-baru ini.
JARUM yang digunakan kepada pesakit tidak akan dikongsikan dengan pesakit lain.
Nik Omar yang mempraktikkan bekam, akupuntur dan homeopati lebih daripada suku abad memberitahu, ramai yang tidak menyedari bahawa terdapat banyak toksik yang terperangkap di dalam tubuh badan mereka.
"Disebabkan itu, mereka sering merasa lenguh-lenguh badan, penat dan tidak bermaya. Amalan berbekam penting bagi memulihkan kembali fungsi tubuh kepada asal," kata anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.
Secara saintifiknya, penyakit di dalam tubuh berpunca daripada makanan yang tidak seimbang.
Makanan pula akan dicernakan di dalam perut. Kapilari-kapilari dari perut pula akan menyerap zat-zat yang penting dan menjadi nutrien dalam darah.
Sisa-sisa daripada proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis, air kencing dan perpeluhan dari seluruh badan.
Darah yang mengandungi nutrien akan mengalir ke semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati, paru-paru, jantung, kelenjar, otak, organ pencernaan, ginjal, organ pembiakan dan lain-lain lagi.
RAWATAN bekam disaran dilakukan
Sekurang- kurangnya sebulan sekali.Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru, ginjal dan kulit untuk dikeluarkan daripada tubuh badan manusia.
Kegagalan bahan toksik dikumuhkan melalui sistem perpeluhan akan akan menyebabkan darah yang bertoksik terperangkap antara tiga milimeter hingga empat milimeter di bawah permukaan kulit.
MANGKUK yang digunakan untuk menyedut darah melalui proses pensterilan.
Bekam boleh dilakukan pada mana-mana bahagian tubuh kecuali bahagian yang bertulang dan berongga. "Lazimnya, ramai yang memilih bahagian belakang. Darah yang dikeluarkan melalui proses bekam lazimnya berwarna merah kehitaman dan agak sedikit likat. Adakanya ia juga berketul-ketul.
"Bergantung pada bahagian tubuh, kawasan yang mempunyai kandungan toksik yang tinggi akan mengeluarkan darah yang banyak," jelas Nik Omar.
Adakah bahagian yang dicucuk jarum itu terasa pedih apabila mandi? Jelas Nik Omar: "Tidak, anda boleh mandi seperti biasa."
Bekam dikatakan :
Teknik detoksifikasi yang berkesan, dapat merawat pelbagai penyakit dan memulihkan fungsi tubuh.
Dalam pada itu, wanita yang ingin datang ke pusat Nik Omar untuk sesi rawatan tidak perlu risau kerana mereka akan dirawat oleh dua orang pembantu wanita yang berpengalaman hampir lima tahun dalam teknik bekam.
Nur Shazatul Shafiqa Ab. Gafa, 23, mahir melakukan kaedah bekam yang dipelajarinya daripada Nik Omar hampir lima tahun.
Sejak kecil lagi Shafiqa berminat dengan perubatan alternatif. Lebih-lebih lagi apabila dia mendapat sokongan daripada bapanya.
"Ia adalah satu cabaran apabila kita mempelajari sesuatu yang berbeza. Mempelajari teknik berbekam bukanlah sesuatu yang sukar. Saya gembira apabila ayah menyetujui minat saya ini," kata gadis yang berasal dari Pahang itu.
Menurutnya, dalam sehari sebanyak empat hingga lima orang wanita atau lelaki datang melakukan rawatan bekam sama ada yang ingin membuang toksik atau mempunyai penyakit.
Tambahnya, selain untuk kesihatan, kaedah rawatan alternatif ini juga membantu dalam menaikkan seri wajah kerana aliran darah telah lancar.
Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com
- Petikan dari Akhbar - KOSMO 1hb May 2009
Mengapa Harus Berbekam?
Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan :
Kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan KEHARUSAN berbekam kepada kita yang mana :
Ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah
PS : *(Kaedah bekam moden yang selamat, tiada kesan sampingan, tiada kesan luka, tidak berparut, hampir tiada kesakitan dan sangat berkesan.)*
Bekam Kering / Angin
* Ia dilakukan dibahagian belakang badan/dada.
* Proses ini melibatkan jumlah cup yang banyak iaitu 10-20cup.
* Tiada tusukan jarum dan proses pengeluaran darah dari badan.
* Cup diletakkan kira-kira 20min pada anggota badan bagi proses pengeluaran angin dari dalam badan.
* Boleh melakukan rawatan ini dengan kerap dan tiada kesan sampingan.
* Akan ada kelihatan wap-wap air pada cup bekam selepas tamat rawatan ini.
* Manfaat kaedah bekam ini akan membuatkan badan terasa ringan dan menghilangkan kelesuan badan.
Bekam Basah / Darah
* Umat islam dianjurkan merasai bekam sunnah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
* Bagi orang sihat dianjurkan menerima rawatan bekam sunnah ini sebulan sekali dan bagi orang berpenyakit 2 minggu sekali.
* Mampu menyembuhkan hampir 93 jenis penyakit kritikal.( insyallah )
* Jurubekam wajib memakai sarung tangan untuk langkah keselamatan.
* Jarum yang digunakan perlu PAKAI BUANG dan setiap pelanggan akan diperuntukkan satu jarum BARU.
* Proses sedutan darah akan dilakukan sebanyak 3x bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor.
* Di akhir rawatan akan disapu minyak but -but pada kawasan yang telah selesai dibekam.
* Cup-cup yang sudah digunakan akan dibasuh dengan air Dettol bagi proses STERIL.
Khasiat Bekam Di Muka
2) Menyembuhkan penyakit resdung.
3) Awet muda.
4) Mengurangkan sakit kepala.
5) Muka terasa ringan.
Titik Bekam Bagi Sihir / Saka
Khasiat Bekam Darah
2) Memperbaiki aliran pembuluh darah.
3) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
4) Bermanfaat bagi penderita asma,pneumonia dan angina pectoris.
5) Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman di bahagian kepala dan wajah,migrain dan sakit gigi.
6) Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
7) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
8) Ketika terkena sengal,sciatica dan tulang.
9) Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.
10) Ketika mengalami sakit bahu,dada dan punggung.
11) Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur.
12) Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan gatal-gatal kulit.
13) Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.
14) Bermanfaat mengatasi keracunan.
15) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.
Khasiat Bekam Kering
2) Bermanfaat untuk penyakit paru-paru yang kronik.
3) Mengubati nephritis.
4) Mengatasi radang selaput jantung,radang urat saraf pada bahagian punggung bawah dan radang pada bahagian celah-celang tulang dada.
5) Untuk menahan derasnya darah haid dan hidung berdarah.
6) Untuk mengatasi masuk angin.
7) Bekam angin juga berfungsi seperti pemindahan darah dari pembuluh darah pesakit dan menginjeksikannya ke otot paha,khususnya bagi anak-anak atau siapa saja yang urat nadi mereka susah ditemui disebabkan terlalu tua.
8)Dapat mengeluarkan angin dari badan
9)Menyegarkan badan
10)Menghilangkan kelesuan dan merawat penyakit lelah.
Hari Terbaik Untuk Berbekam
Hari ke 17, 19 dan 21 setiap bulan Hijrah adalah hari terbaik untuk berbekam.
"Sesungguhnya sebaik-baik bekam yang dilakukan adalah hari ke 17, 19 dan pada hari ke 21" .......(Shahih Sunan at-Tirmizi)
Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa berbekam pada hari ke 17 dan 19 serta 21, maka dia akan mendapat kesembuhan dari segala macam penyakit" ...........(Riwayat Abu Dawud dalam Shahih Sunan Abi Dawud).
Individu Yang Di Larang Berbekam
2) Pesakit kulit yang serius.
3) Pesakit darah rendah yang serius.
4) Orang tua yang terlalu uzur.
Pantang Larang Bekam Basah / Basah
* Tidak boleh makan,mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam selama 2 jam
* Berpuasa sehari sebelum temujanji bekam. ( Tidak Wajib tetapi Seelok-eloknya )
76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka
MASA PERKHIDMATAN DAN HARGA
Harga Perkhidmatan :
1 Cup : RM 5
5 Cup : 30
12 Cup : RM6O
Thursday, November 4, 2010
PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC)
PADA : 24 & 25 DISEMBER 2010
HARI : JUMAAT & SABTU
TEMPAT: HOTEL SERI MALAYSIA, MARANG
YURAN : RM 150 (termasuk penginapan dan makan)
(DAFTAR SEGERA , TEMPAT TERHAD)
* YURAN HENDAKLAH DIJELASKAN SEBELUM TARIKH PBC DI CAWANGAN HPA MARANG @ HUBUNGI PJE PN. MASTURA SULONG (0199133640)
Saturday, April 17, 2010
PBC MARANG 16 & 17 APRIL 2010 DI MARANG VILLAGE
PBC Marang Village kelulut, Marang Anjuran Komuniti HPA Marang telah dihadiri seramai 47 orang peserta. Pendaftaran pada hari pertama yang bermula pada jam 8.00 pagi berjalan lancar.
PBC Marang Village Resort, Kelulut Marang Anjuran Komuniti HPA Marang telah dihadiri Team Smart Kemaman yang diketuai oleh Tn. Haji Zakaria yang mengambil slot kongsi pengalaman pada malam pertama. Rombongan nya datang untuk membantu perjalanan PBC yang kekurangan tenaga pada hari itu. Pendaftaran pada hari pertama yang bermula pada jam 8.00 pagi berjalan lancar.
PBC kali ini telah telah membariskan seramai lima (5) orang PJS . Mereka ialah PJS Ustaz Ramizu Abdullah(Pengerusi Kelab Pemimpin Timur), PJS Cikgu Khadi(Besut), PJS Ustaz Kamal Ali(Pengerusi KPTrg) PJS Cikgu Ramli(Kelantan) dan PJS Ustaz Jamaludin jusoh. Al-Hafiz(Dungun) .
Slot 1 dan 2, Halal-Haram dan Profile Syarikat telah di sampaikan oleh PJS Cikgu Khadi . Beliau merupakan satu-satunya PJS yang lahir di besut.
Seterusnya pada sebelah petang, Slot ke 3, Slot 6M telah disampaikan oleh PJS Ustaz Ramizu Abdullah,(Pengerusi Kelab Pemimpin Timur) .
Slot Ke 4 pula telah disampaikan oleh PJS Ustaz Jamaludin jusoh. Al-Hafiz, (Komuniti KPT Zon Paka, Terengganu) iaitu di bawah slot bertajuk "Kenapa Ustaz Bersama HPA" (slot khusus) yang disediakan oleh Tn. Haji Zakaria(pengerusi Team Smart Kemaman)
Slot ke 5, pada sebelah malamnya pula, diisi oleh PJS Ustaz Ahmad Kamal Ali dengan slotnya Pelam Pemasaran serta Perkongsian Pengalaman merupakan slot terakhir pada hari pertama PBC yang diambil oleh Tn. Haji Zakaria(pengerusi Team Smart Kemaman)
Alhamdulillah, acara Qiamullai juga mendapat sambutan dimana hampir keseluruhan peserta hadir untuk bersama-sama bermunajat pada ALLAH.
Pada hari keduanya lebih meriah dengan slot ke 6 iaitu slot sinergi produk yang disampaikan oleh PJS Cikgu Ramli.. Ia disusuli dengan pembentangan kumpulan dimana setiap peserta mengambil bahagian..
Wallahhua’lam…
Wassalam
Wednesday, February 3, 2010
"Halalan Toyyiba Memperkasa Ekonomi Ummah"
RFC Berkonsep PANDU LALU | Terkini, Produk TERBARU |
King Salamon Oil ( Softgel) Radix Mee Kuning Kering Dark Mint Chocolate Dairy Chocolate Chocolate Cookies Sosej Ayam Organik |
RADIX SPORTS & RECREATION CENTRE
Dengan adanya HPA Sport Centre ini permainan futsal, archery, go kart dsbnya, Food court RCH dan pelbagai lagi akan mengumpulkan anak belia kearah rehlah Islami….InsyaAllah.
HPA setapak lagi dengan perkembangan yang sentiasa ada dan tidak putus2 dengan idea untuk mengukuhkan ummah dan juga menyuburkan minda masyarakat dengan kehidupan Islami.
Tuesday, December 29, 2009
Halalkah Makanan Jenama Ini ??? Tiada tanda Halal Jakim !!!
Sebuah kilang memproses bihun dan laksa, iaitu:
KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.
(Co. No. 365216-T)
Alamat:
Lot 1123,
Tingkat Selamat 6, Kampung Selamat,
Tasek Gelugor, Seberang Prai
13300. P.Pinang.
Kilang tersebut dikatakan bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi & rumi. Malahan kilang itu mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG. Kilang ini TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Sehingga sekarang Kilang Bihun Beras Indah Sdn Bhd ini masih beroperasi di bawah nama:
ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD.
Alamat No. 22,24,26,
Tingkat Perusahaan Utama 1,
Taman Perindustrian Bukit Tengah, 14000
Bukit Mertajam.
Difakamkan syarikat ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD sudah tidak lagi beroperasi, sedangkan KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD beroperasi di tanah yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar.
Lebih memeranjatkan lagi, terdapat pusat ternakan babi luasnya lebih kurang 2 ekar yang mampu menternak ratusan ekor babi bersebelahan kilang bihun tersebut, dan hanya dipisahkan dengan pagar usang yang sudah rosak.