Monday, June 10, 2013

RAWATAN BEKAM SUNNAH

1. APA ITU BEKAM ??
2. Mengapa Harus Berbekam?
3. Khasiat Bekam Kering
4. Khasiat Bekam Darah
5. Khasiat Bekam Di Muka
6. Bekam Kering / Angin
7. Bekam Basah / Darah
8. Hari Terbaik Untuk Berbekam
9. Pantang Larang Bekam Basah / Basah
10. Anggota Badan Yang Di Larang Berbekam Darah
11. Individu Yang Di Larang Berbekam
12. Titik Bekam Bagi Lemah Shaywat
13. Titik Bekam Bagi Sakit Pinggang
14. Titik Bekam Bagi Obesiti
15. Titik Bekam Bagi Sihir / Saka
16. Detoksifikasi penyakit
17. 76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM
18. Berita Harian Online | Kaedah bekam
19. MASA PERKHIDMATAN DAN HARGA

APA ITU BEKAM ??


Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang seimbang.Makanan ini pula akan dicernakan di dalam perut.Kapilari-kapilari dari perut pula akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi nutrien dalam darah.Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan.Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati,paru-paru,jantung,kelenjar-kelenjar,otak,organ pencernaan,ginjal,organ pembiakan dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.

Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru,ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia.Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3mm hingga 4mm di bawah permukaan kulit diseluruh tubuh badan manusia.

SEORANG ahli bekam dari California, Amerika Syarikat, Dr. Michael Reed Gach dalam bukunya,
"Potent Poins: a Guide to Self Care For Common Ailments ",
terpaksa akur dengan kehebatan rawatan perubatan bekam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. Lantas beliau menyarankan agar ia diterapkan di dalam kehidupan seharian masyarakat di Barat, setelah melakukan pelbagai kajian saintifik mengenai bekam dan terbukti keajaiban rawatan ini yang tiada tolok bandingannya.

Begitu juga dengan penelitian oleh Kohler D (1990) sehingga diterbitkannya buku yang berjudul,
"The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Methode."

Bahkan bukan Barat sahaja mengakui kehebatan perubatan bekam ini. masyarakat di negara China dan Korea turut telah mempraktikkan ilmu perubatan warisan nabi ini sejak ribuan tahun dahulu hinggakan ramai beranggapan bahawa mereka inilah pelopor kepada perubatan ini.

Sedangkan hakikatnya, bekam atau dalam istilah bahasa Arabnya, al-Hijamah adalah ilmu perubatan warisan Nabi yang hampir dilupakan oleh umat Islam itu sendiri. Kata-kata penegak ini ini bukan omongan kosong.

Buku karangan Syihab Al-Badri Yasin yang bertajuk
" Al-Hijamah Sunnah Nabawiyah wa Mu'jizah Thoyyibah telah menyenaraikan himpunan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW mengenai ajaran dan saranan baginda berkenaan dengan bekam."

Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20.

Ia juga adalah salah satu cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat Islam tanpa kesan sampingan yang ketara.


Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas" ......(Shahih Bukhari)

Hadis Kedua:
Dari Jabir Bin Abdillah r.a ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda:
" Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan 'kay'." ........ (Shahih Bukhari)

Hadis Ketiga:
Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi:
"Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!" ..........(Shohihul Jami': 5671)

Hadis Keempat:
Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas'ud yang berkata:
"Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra'kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan" Wahai "Muhammad, Perintahkanlah umatmu untuk berbekam."

Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau:
"Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digun

akan oleh manusia." ........(Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)


Hadis Kelima:
Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam).".........(Shahih Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW.

Bekam adalah nasihat emas daripada para malaikat yang berbakti kepada 'penghulu manusia' pada malam yang diberkati. Justeru, adalah sangat tidak wajar sekiranya kita yang mengakui seorang Muslim ini cuba berdolak-dalik ataupun mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!

Jelasnya, bekam adalah pengeluaran darah dari permukaan kulit untuk tujuan pe

ngubatan dan mengekalkan kesihatan. Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada badan seseorang.





Bekam dipercayai telah wujud sejak zaman purba seperti di Greek dan dan di Mesir. Pada masa itu bekam adalah dengan menggigit kulit untuk mengeluarkan darah sebelum ia disedut.




Pada zaman Nabi Musa, bekam turut digunakan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit,"

Bekam adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam ini sebagai perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan (curative) atau pencegahan (preventive) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Pada zaman Rasulullah SAW bekam adalah dengan menggunakan tanduk.




Pengamal bekam turut memantapkan diri dengan ayat-ayat seperti; ayat Kursi, doa dan selawat syifa', sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW, membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Ini semuanya perlu kerana bekam bukan sahaja menyembuhkan racun/toksik di dalam badan tetapi juga sihir.