Wednesday, November 4, 2009

FICUS UNTUK BUASIR

Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh


Akhir-akhir ini ramai PB yang membeli Ficus dan sudah pasti ianya untuk diedarkan pada pihak yang memerlukan bagi mengobati penyakit buasir. Mudah-mudahan risalah ulangan ini boleh membantu kedua-dua belah pihak; Pengedar dan Pesakit, InshaALLAH !!!

Ficus : Emas Secotet

Buasir ialah benjolan yang wujud di selaput lendir rectum atau pada kulit dubur. Sembelit merupakan punca utama terjadinya buasir terutamanya berlaku apabila seseorang itu meneran untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang meneran ketika melahirkan anak.

Kekurangan serat dan kegemaran memakan pedas juga merupakan punca terjadinya buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rectum dan berlaku pendarahan. FICUS merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang mengalami pendarahan tersebut. Herba Ficus Callicarpa (Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam produk ini.


JAWI MEDICINAL HERBS - 2


Banyak
penelitian masakini menceritakan kelebihan pokok Emas Secotet. Namun begitu sejak 14 tahun dahulu HPA telah menggunakan produk ini untuk kesihatan. Nama produk "Ficus"
telah dimaklumi oleh semua warga HPA untuk rawatan buasir yang berkesan.

Namun begitu selain daripada itu, ficus juga digunakan untuk kencing manis dan darah tinggi kerana ia mempunyai kesan astringen yang kuat. Terdapat pelbagai jenis ficus tetapi yang digunakan oleh HPA ialah jenis "ficus callicarpa" atau dikenali sebagai pokok Tengkuk Biawak. Bahagian yang digunakan bukan dari daun tetapi batangnya disamping sinergi utamanya dengan akar Sekecut.

Monday, November 2, 2009

IMT DRINKS


Satu lagi produk HPA akan menjadi keperluan setiap rumah ialah IMT drink. Minuman ini dibuat dengan satu bentuk pemerosesan tradisional untuk tujuan yang sangat banyak. Saya percaya sambutan kepada IMT drink akan bertambah dan mungkin melebihi permintan Minyak But-but sekiranya pengguna faham kelebihanya.



Antara kelebihanya ialah :

1. pelindung hati
2. demam panas dan demam selsema
3. sakit tekak
4. resdung
5. sakit sendi
6. cirit-birit
7. ketersumbatan jantung
8. menurunkan kolesterol
9. menurunkan darah tinggi.


Boleh diminum sebotol sekali dan ulangi hingga sembuh. IMT drink tidak bermasaalah dengan anak-anak kecil dan kurangi dosnya (secawan kecil). Ia sudah tidak mempunyai rasa pahit (daun hempedu bumi) tetapi sangat berkesan. Dari kajian kami 90% lebih pengguna menyatakan sangat baik untuk anak mereka. Ini bererti kita kini telah menemui ubatan demam tanpa kimia, tanpa rasa dan sangat berkesan. Ia diproses dari daun hempedu bumi dan air mineral yang beralkali (pH 9.8). Dimana air mineral ini boleh diperolehi ? Air yang Allah keluarkan untuk kita di Pokok Sena Kedah. Allahuakbar. Selamat mencuba dengan Izin Allah.

Sunday, October 18, 2009

ANTARA PRODUK TERBARU KELUARAN HPA

KISMIS MINDA BERWAJAH BARU

KACANG POTONG KELUARAN HPA

COKLAT RADIX
Deudron ( Radix Men,Centella Women,Centella Mild )

SYAMPOO SINTOK (BARU)

SARDIN HPA dr TERENGGANU

MEE KUNING HPA

SABUN ANTI RESDUNG

AIS KRIM TOYYIBAH.. 5 PERISA iaitu , KOKO RADIX, JANGUN, KELADI, VANILLA, KOPI RADIX

MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU

Dari segi persamaan kedua-dua herba ini digunakan bagi memperbanyakkan susu ibu terutama ketika lepas bersalin. PUCUK BETIK direbus hingga mendidih dan minum pagi dan petang sementara SPIRULINA sudah tersedia dalam bentuk kapsul dan cecair.

SPIRULINA boleh diguna bagi menggantikan zat besi yang sering diberikan kepada ibu lepas bersalin. Selain ia mengandungi zat besi yang sangat tinggi ia juga mengelakan daripada sembelit yang kronik selepas pengambilan kapsul zat besi dihospital.

Keadaan yang tidak selesa ini menyebabkan si ibu menahan pembuangan air besar berhari hari dan sidikit sebanyak menjejaskan kesihatan ibu dan anak. SPIRULINA merupakan makanan yang paling advance buat masa kini untuk tujuan tersebut dan rugilah bagi mereka yang masih tidak tahu tentang hal ini.

DARAH TINGGI

Lagi testimonial diterima bahawa penggunaan VITEX dan PELAWAS sangat berkesan untuk darah tinggi. Ianya bukan sahaja untuk kes baru malah bagi kes yang sudah melebihi 10 tahun pun nampak positif dan berkesan.

Sinergi ini merupakan kos yang paling murah untuk terapi darah tinggi selain daripada penggunaan Omega 3 dan Teh Herba.Dos VITEX dan PELAWAS ialah 3 x 3 iaitu 3 kapsul pagi, 3 kapsul tengahari dan 3 kapsul malam. Sebaiknya herba itu diambil sebelum makan dan minum air mineral HPA 600 ml selepas pengambilan herba.

Dos PELAWAS boleh dikurangkan mengikut keperluan sampai paling minima 1 x 3. Ubatan kimia juga bertindak untuk menurunkan tekanan darah tinggi tetapi kesannya tubuh akan menjadi lemah dan kerap tidur pada waktu siang. Ini sangat berbeza dengan mengambil herba disamping menurunkan darah tinggi tubuh dan minda akan menjadi lebih kuat dan sehat. Jadi kenapa tidak mahu menjadikan herba sebagai solusinya?

Monday, June 29, 2009

KURSUS KEPIMPINAN DAN JATI DIRI (GEN 2)

semoga berjaya semua nya !!!


Peserta bergambar kenangan besama Tn Haji Zakaria sebelum pulang

Kursus diatas diadakan di Anggulia Beach Resot , Rhu Muda Marang pada 26 - 27 JUN 2009. Kursus ini terbuka kepada ahli HPA yang berpangkat PRX ke atas. Dan Alhamdulillah seramai 18 orang telah mengikuti Program GEN 2 ini , yang julung2 kalinya diadakan di pantai timur ini di bawah kendalian KPTr Zon Marang. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Pengarah Progranm Puan Mastura Sulong yang bertukus lumus memastikan supaya program ini dapat diadakan dan berjalan dengan lancar.

Tidak lupa juga kepada tetamu-tetamu yang telah memberi pengisian modul - modul yang cukup2 memberi satu semangat baru kepada peserta khususnya kepada diri saya untuk terus bekerja untuk HPA. Mereka2 yang saya maksudkan ialah PJS Puan Fatin, PJS Ust Jamaludin jusoh Al-Hafiz, PJS Ust Ahmad Kamal Ali dan Tuan Haji Zakaria yang turut melengkapkan program selama dua hari itu.


Antara tujuan utama program ini diadakan ialah untuk mencari dan mencungkil bakat-bakat baru GEN 2 sebagai pelapis agar dapat melahirkan leader yang menpunyai jati diri dan berilmu serta berwawasan. Program ini cuga untuk mentarbiyyah leader2 agar lebih berkaliber menjadi seorang leader yang bertanggungjawab di dunia dan akhirat.


Selain itu juga, program ini dapat mengeratkan ukhuwah dikalangan pemimpin dan memberi keyakinan diri untuk membuat pembentangan terutama di kelas mingguan . Peserta juga dapat menambah ilmu terutama tentang peranan seorang pemimpin, MLMs , diagnos dan gerakkerja usahawan. Peserta juga didedahkan dengan pnggunaan komputer semasa pembentangan.

PJS Ust Jamaludin sedang menyampaikan ucapan

study dalam slot LDK

antara peserta yang terlibat

itu dia semangat ukhuwah yang dituntukkan oleh peserta...

khusyuk !!! tulis ape tu ???

umur dah menjangkau lama baru nak kenal teknologi moden...