Saturday, May 23, 2009

PJM USTAZ MOHD ZAHIR GHAZALI - PEMIMPIN BERJAYA

LIKU-LIKU PERJUANGAN PEMIMPIN HPA
Kemelesetan ekonomi bukan faktor utama yang dijadikan asalan untuk tidak bekerja. Ramai yang beranggapan bahawa jika tidak bekerja dengan kerajaan atau swasta sudah dianggap menganggur. Bekerja sendiri juga dianggap bukan bekerja, tetapi masih menganggur walaupun mempunyai pendapatan sendiri. Mempunyai segulung ijazah dianggap tidak bermakna jika tidak bekerja makan gaji. Inilah mentaliti yang ada kepada sesetengah masyarakat kita suatu ketika dulu, terutama di kawasan luar bandar.

Pengalaman inilah yang ingin dikongsi bersama kita oleh Pengarah Jati Setia (PJS) Mohd Zahir Ghazali, terkenal dengan panggilan Ustaz Zahir. Anak muda dari Bukit Selambau Kedah ini mula berjinak-jinak dengan HPA ketika masih menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir lagi. Pada tahun 1998, ketika pulang bercuti ke kampung, beliau diperkenalkan HPA oleh bapa saudaranya, Cikgu Ungku Aznan (Cikgu Nan). Pada mulanya Ustaz Zahir tidak mahu terlibat dengan HPA dengan alasan tak pandai bisnes. Lagi pun dia amat buta dengan perniagaan secara MLM. Sepanjang hidupnya, Ustaz Zahir hanya berniaga barang-barang perhiasan dan pakaian yang dibawanya pulang dari Mesir sebagai sumber pendapatan untuk belajar di sana. Itu pun bukannya selalu. Setahun sekali sahaja, itu pun jika pulang ke kampung.
Bersama sahabat seperjuangan di bumi Mesir

Cikgu Nan (sekarang Pengetua SMK Kulim Hi-Tech) melihat potensi Ustaz Zahir sebagai seorang anak muda yang bakal mencipta kejayaan besar dari cara dan gaya kepimpinannya dalam keluarga. Walau pun ketika itu Ustaz Zahir baru berusia sekitar 25 tahun, namun dia sentiasa mejadi rujukan dalam keluarga. Pandangan dan pendapatnya sangat dihormati dan diambilkira dalam membuat apa-apa keputusan. Lagi pun Ustaz Zahir adalah antara pemimpin pelajar yang bergerak aktif dalam Persatuan Pelajar Melayu di Bandar Damanhur, Mesir.
Ustaz Zahir bersama HPA pun setelah benar-benar bosan dengan ajakan dan pelawaan Cikgu Nan yang datang ke rumahnya tanpa jemu-jemu. Dalam sehari entah berpuluh-puluh kali Cikgu Nan menelefon Ustaz Zahir dengan mengajaknya bersama berjuang dalam HPA. Akhirnya pujukan dan rayuan Cikgu Nan berjaya juga. Ustaz Zahir mengambil keputusan mendaftar sebagai ahli HPA pada bulan September 1998.

Setelah dibawa bertemu Pengarah Urusan, Haji Ismail Ahmad, semangat Ustaz Zahir makin berkobar-kobar. Semangatnya makin memuncak setelah melihat watak dan peribadi sebenar Pengarah Urusan. Bisikan bahawa HPA adalah suatu perjuangan ummah sentiasa meniti di bibirnya. Beliau brtekad untuk menjadikan HPA pekerjaan sepenuh masa apabila tamat pengajiannya nanti. Atas dasar itulah Ustaz Zahir bertindak menghimpunkan hampir 400 pelajar Malaysia di Mesir sekitar tahun 1999. Pengarah Urusan dan beberapa pemimpin HPA hadir memberi penerangan serta taklimat HPA kepada penuntut-penuntut Malaysia di sana.

Kebetulan waktu itu, ramai pemimpin HPA dalam rangka lawatan ke bumi anbiya dan mengerjakan umrah. Antara pemimpin-pemimpin HPA yang lahir hasil dari program yang dianjurkan di Universiti Al-Azhar itu ialah Ustaz Ramizu (Kelantan), Ustaz Jamaluddin Jusoh (Terengganu), Ustazah Siham dan Ustaz Zambri (Kulim), Ustaz Zaidi (Pendang), Ustaz Syamizam (Kulim) dan beberapa nama lagi yang sedang meningkat naik di seluruh negara.Kehebatan PJS Mohd Zahir Ghazali terserlah setelah tamat pengajian dan pulang ke tanah air. Beliau bertekad untuk bekerja sendiri. Tidak mahu kerja makan gaji sama ada dengan kerajaan atau swasta. Hati dan jiwanya adalah untuk perjuangan Islam. HPA menjadi medan perjuangan untuk menegakkan ekonomi ummah.

Ustaz Zahir mula bergerak dengan menghimpunkan semula sahabat-sahabatnya yang pulang ke tanah air. Beliau membina semula rangkaiannya yang berselerak di seluruh negara. Kegigihan yang ditunjukkannya menyebabkan Ustaz Zahir jarang berada di rumah. Dia merantau ke seluruh negara bertemu sahabat-sahabatnya. Dia juga mengatur rombongan dari jaringannya melawat kompleks HPA dan kilang-kilang HPA di Perlis. Banyak masa dan wang ringgit dikorbankan dan dilaburkan dalam membina jaringan tersebut.

Keadaan ini berlarutan hampir 5 tahun. Ustaz Zahir tetap cekal dan tabah dalam menghadapi dan mengaharungi perjuangan ini. Dia sendiri yang mengatur program untuk rangkaiannya. Waktu itu kelas-kelas mingguan tidak banyak. Kalau ada pun sebulan sekali sahaja, tapi tidak di semua tempat. Cawangan HPA pun tak banyak. Di utara cuma ada 3 sahaja (Alor Setar, Sungai Petani dan Pulau Pinang). Roh jihad dan semangat Islam yang tinggi ditanam kepada rangkaiannya. Akhirnya dalam tempoh tersebut ada rangkaian Ustaz Zahir yang sudah mampu bergerak dan berjuang dalam rangkaian masing-masing.
PJS Mohd Zahir tidak pernah duduk diam. Boleh dikatakan setiap hari beliau akan keluar bertemu masyarakat setempat sama ada jauh dan dekat. Hampir semua ahli keluarganya menjadi ahli HPA dan bergerak aktif bersama-samanya. Beliau akan memperkatakan tentang HPA dan produk halal lagi baik di mana sahaja, sama ada dalam kuliah-kuliah ilmu dan juga program-program masyarakat. Kehebatannya menyampaikan kuliah dan ceramah-ceramah agama di masjid dan surau dijadikannya peluang untuk mengajak masyarakat menggunakan produk halal HPA.

Apabila Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) dilancarkan pada Disember 2005, Ustaz Zahir mengambil kesempatan ini untuk memantapkan jaringan di bawahnya. Beliau mengemudi Kelab Pemimpin Utara (KPU) dengan jayanya. KPU bergerak aktif dan pelbagai program dirancang. PJS Mohd Zahir Ghazali adalah orang yang bertanggungjawab menyusun dan mengatur aktiviti-aktiviti KPU. Program Generasi 1 (Gen-1) adalah cetusan dari buah fikirannya. Dari Gen-1, sekarang sudah lahir Gen-5 . Dalam catatan dan data yang ada, seramai 8000 pengedar telah berjaya dibina dan dibimbing melalui Kursus Kepimpinan KPU.
PJS Mohd Zahir juga diamanahkan sebagai Pengarah PBC bagi KPU. Keupayaannya menyusun dan mengatur program serta aktiviti menyebabkan di utara sahaja terdapat 12 PBC setiap bulan. Menjelang 2010, KPU mensasarkan PBC diadakan sebanyak 30 kali dalam sebulan dengan 300 orang fasilitator dan 100 PJS. Kelas-kelas mingguan berjalan seperti biasa setiap minggu di semua cawangan HPA di utara. Semua PJS KPU terlibat mengisi kelas-kelas mingguan. Kursus-kursus Kepimpinan tetap diteruskan. Sehingga kini KPU berjaya melahirkan hampir 200 fasilitator yang ditugaskan di setiap PBC sekitar utara.

PJS Mohd Zahir adalah tokoh pemimpin HPA yang amat disegani di utara. Beliau banyak menerima anugerah daripada HPA. Pada tahun 2007 beliau telah disytiharkan sebagai “Distributor of The Year – (DOTY)”. Juga menjadi Top 10 HPA sejak 2004,2005,2006 dan 2007. Selain itu beliau juga menerima anugerah mengerjakan umrah dan pelancongan ke Mesir, Korea, Iran dan juga Asia Oceania. Dengan pendapatannya 5 angka sebulan menjadikan beliau antara yang menerima bonus tertinggi HPA. Kini, PJS Mohd Zahir Ghazali sudah mampu mempunyai rumah sendiri dan stokis daerah yang tersergam indah di Bandar Legenda Heights.
Seperti PJS lain, Ustaz Zahir juga tidak dapat melupakan peristiwa bagaimana HPA menerima tamparan hebat sekitar 2002. Penghijrahan keluar beramai-ramai pemimpin HPA kepada syarikat lain dan meninggalkan perjuangan HPA. Ustaz Zahir begitu hiba kerana sebelum ini pemimpin itu telah berikrar akan berjuang dan istiqamah dengan HPA. Tetapi merekalah orang yang telah mengkhianati dan meninggalkan perjuangan ini kerana matlamat mereka sebenarnya tidak sama dengan perjuangan HPA walau pun mereka mengaku memahami perjuangan HPA.
Pelbagai fitnah, maki hamun, cacian dilemparkan kepada HPA dan pemimpin-pemimpin yang ada dengan tujuan untuk memusnahkan HPA. Ahli-ahli HPA dihasut dengan pelbagai cara. Ustaz Zahir sendiri menjadi sasaran dan bahan cacian di kalangan segelintir mereka. Namun beliau tetap sabar dan sama sekali tidak meninggalkan HPA. Sekarang terbukti bahawa HPA berada di landasannya yang betul. Mereka yang menghina, mencaci dan memfitnah HPA tidak juga ke mana. Walau bagaimana pun Ustaz Zahir melahirkan rasa syukur kerana ada segelintir daripada pemimpin itu telah kembali semula kepada HPA setelah gagal dan kecewa dengan syarikat yang mereka ceburi.

Apa pun yang berlaku, PJS Mohd Zahir tetap yakin bahawa rezeki di tangan Allah. Barangsiapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya. Tiada jalan lain ke syurga melainkan berjuang menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Maruah umat Islam perlu dikembalikan dengan sama-sama berjuang memartabatkan ekonomi ummah.

No comments:

Post a Comment